Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 26 Disember 2011

Menjadi pelarian Bahrain, Jepun dan Korea Selatan.

SALWANIS bersama anak kedua, Muhammad Ali (kanan) dan anak ketiganya yang berusia tiga bulan, Muhammad Omar di George Town semalam.





GEORGE TOWN – “Selepas bertahun-tahun hidup sebagai pelarian, saya dan suami kini mahu bina hidup baharu.”

Demikian luah Salwanis Ma'az, 34, wanita yang pernah mendapat liputan meluas media berhubung kematian anak sulungnya, Bilal Nasir Mahmood Qadri selepas didakwa dilarikan suaminya ke Pakistan pada 26 Julai 2008.

Berita kehilangan anaknya yang ketika itu berusia tiga bulan akhirnya terjawab selepas suaminya, Nasir Mahmood Qadri, 42, pulang ke pangkuannya pada Januari 2009 setelah memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar.

Demi mempertahankan mahligai yang dibina, Salwanis mengakui kekhilafan suaminya itu dan bersatu kembali membina kehidupan baharu di Malaysia bersama dua cahaya mata lelaki berusia dua tahun dan tiga bulan.

Menurut Salwanis, kepulangan suaminya ketika itu walaupun tanpa kehadiran Bilal diterimanya setelah suaminya menjelaskan perkara sebenar ketika itu.

Anaknya itu dilaporkan telah meninggal dunia sewaktu dalam jagaan Nasir Mahmood dan dikebumikan di Bahrain pada tahun 2008.

“Cerita dan punca kematian Bilal saya sudah ketahui serta dapat menerima kenyataan walaupun rasa rindu seorang ibu masih terpahat di hati,” jelasnya di sini semalam.

Menurutnya, impian dia dan keluarga yang baru empat bulan pulang ke Malaysia cuma mahu hidup bahagia di sini selepas bertahun-tahun menjadi pelarian di Bahrain, Jepun dan Korea Selatan.

Dia turut menyuarakan kekesalan dan memohon maaf kepada keluarga mertuanya berhubung apa yang berlaku sebelum ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular