Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 26 Disember 2011

Tolak dakwaan menggesel punggung, berpelukan sambil melagakan buah dadanya

Gambar daripada Internet memperlihatkan aksi Leina bersama tetamu.







KUALA LUMPUR - “Dengan rendah diri, saya hanya melengkapkan tugasan saya menghiburkan tetamu, bukan menjual diri dengan adegan menggiurkan,” kata penyanyi dangdut, Nor Azlina Abd Rahman, 39, atau Leina Hangat, mengulas penyebaran gambarnya berpelukan bersama tetamu dengan aksi mengghairahkan di Internet, kelmarin.

Menurut Leina, gambar berkenaan diambil peminat ketika dia membuat persembahan dalam satu majlis makan malam tahunan anjuran sebuah syarikat.

Katanya, dia ditugaskan menghiburkan tetamu yang kebanyakannya bukan Islam.

“Memang saya berpakaian seksi, tetapi itu adalah keselesaan saya. Saya masih tahu batasnya dan saya tahu apa yang boleh buat, apa yang tidak boleh,” katanya.

Leina turut menolak fitnah pihak tertentu yang mendakwanya menggeselkan punggung dan berpelukan erat sambil melagakan buah dadanya di atas badan seorang tetamu lelaki.


Saya tidak begitu bodoh untuk melakukan perkara tidak elok, tambahan pula di khalayak ramai. Mungkin ada orang salah tafsir persembahan saya malam itu.

“Kenapa hanya melihat keburukan saya, sedangkan itu tanggungjawab saya sebagai penghibur? Kenapa perlu menjatuhkan saya, sedangkan itu sumber pencarian saya? Saya hanya mahu jadi penghibur profesional,” katanya.

Leina berkata, penyebaran gambar terbabit kemungkinan dilakukan peminat yang cemburu dengan layanannya terhadap tetamu lain.

Tegasnya, pada malam itu dia hanya menyanyi dan bergelek, malah tidak pernah melakukan aksi memberahikan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular