Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 24 Disember 2011

PENGASIH: Jamal Abdillah akan tunjukan bukti

JAMAL ABDILLAH sedih dan kecewa dengan kenyataan Yunus Pathi yang didakwa mahu mengaibkan dan menjatuhkan reputasinya.






KUALA LUMPUR - Lima tahun tempoh berlalu, kini Jamal Abdillah sendiri mengakui, rumah perlindungan dan pemulihan akhlak khusus untuk golongan penagih dadah itu telah pun ditinggalkannya sejak November lalu.

Secara logiknya, itu penyudah kepada kemelut membabitkan penyanyi tersohor itu dengan Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Mohd. Yunus Pathi yang pernah mencetus kontroversi sebelum ini.

Yunus dalam satu kenyataan tidak lama dahulu memberitahu, Jamal tidak banyak memberi sumbangan walaupun menggunakan pelbagai kemudahan di pusat itu sedangkan dia berstatus selebriti.

"Dia tidak sumbang apa-apa sepanjang hampir lima tahun menginap di pusat ini.
"Dia bagi belanja makan dan minum untuk diri sendiri saja," kata Yunus.

Jamal, 52, dalam sidang media Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah dan Pelancaran Album Raja Pop 2 mengesahkan, tindakannya keluar dari Rumah Pengasih pada November lalu adalah atas dorongan Yunus.

Dia menerima sepucuk surat arahan memintanya keluar dari rumah perlindungan berkenaan.

Kecewa dan sedih dengan kenyataan Yunus sebelum ini, Jamal menyifatkan pemimpin tertinggi rumah perlindungan itu seolah-olah sengaja mahu menjatuhkan reputasinya dengan tohmahan yang tidak benar.

"Mengapa dia perlu bercakap begitu sedangkan ada banyak cara lain boleh dilakukan. Bagaimana masyarakat hendak meletakkan kepercayaan kepada Pengasih selepas ini.

"Ia sepatutnya berada di belakang penghuni yang sudah dianggap seperti ahli keluarga dan bukannya mengundang situasi kurang selesa," ujar Jamal yang mengakui sedih dan terkilan dengan sikap Yunus.

Tidak mahu menambah keruh, kata Jamal, dia mempunyai bukti termasuk dokumen bagi menafikan dakwaan Yunus.

"Apabila tiba masanya nanti, saya akan membuat kenyataan rasmi bagi menjelaskan perkara sebenar.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular