Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 25 Disember 2011

Mufti Perlis Kesal Sikap Pendaftaran Negara




SHAH ALAM – Walaupun isu permohonan MyKad anak Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya selesai, beliau masih mahukan jawapan, kenapa pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memerlukan salinan surat nikah bagi mengesahkan kewarganegaraan, sewaktu memohon MyKad anaknya.

Menurutnya, JPN seharusnya menyemak prosedur operasi standard (SOP) kerana apa yang berlaku pada dirinya tidak mustahil terjadi kepada orang lain dan boleh menimbulkan kekeliruan.

Menurutnya, adakah surat beranak asal dan MyKad asal bapa masih tidak mencukupi bagi mengesahkan, keaslian kewarganegaraan anak pemohon seperti dinyatakan di papan JPN sendiri.

“Adakah rakyat Malaysia tidak diberitahu kedudukan ibu bapa warganegara tidak menjamin mereka berhak menjadi warganegara Malaysia sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan dan disebarkan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri?

“Isu lain yang tidak dijelaskan dengan teliti ialah kenapa status anak gadis saya selama 12 tahun ini dalam sistem JPN adalah X Warganegara? Bukankah Surat Beranak dia sudah menyatakan status dia adalah warganegara Malaysia dan pasport antarabangsa dia juga warganegara Malaysia?,” katanya dalam kenyataan semalam.

Selain itu, Juanda turut berasa hairan kenapa pada 23 Disember 2011, masih menunjukkan status anaknya bukan warganegara, sedangkan kenyataan rasmi KDN kelmarin, mengatakan status anaknya sudah dikemas kini pada 12 Jun 2009.

“Saya sendiri melihat data status itu pada skrin komputer seperti ditunjukkan kakita­ngan JPN dan didengar sendiri oleh anak gadis saya yang turut bersedih di meja pegawai berkenaan.

“Kakitangan perhubungan pelanggan, kakitangan di kaunter dan pegawai JPN ini amat membantu saya dan komunikasi mereka baik sehingga saya mendapat sedikit maklumat yang saya kemukakan ini, bukan seperti ‘fitnah’ sesetengah pihak menyatakan mereka tidak terlatih dan tidak cekap,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular