Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 29 Disember 2011

Isteri berpangkat PTD didakwa mencederakan suaminya

Kamaliah dan suaminya, Zaihan di luar mahkamah, semalam.





SEPANG - Seorang pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) di sebuah kementerian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan mendatangkan kecederaan ringan terhadap suaminya dengan menggunakan fail pejabat.

Tertuduh, Kamaliah Basir, 35, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa, Zaihan Md Lani, 49, yang juga seorang perunding di sebuah syarikat swasta.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Aqeeb Lizalman Nordin Zamery, di depan Hakim Zuhrina Mohamed Nor.

Kamaliah yang hadir dengan memakai tudung gelap serta berbaju kurung warna putih berbunga kelabu tidak diwakili peguam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Mengikut fakta kes, Kamaliah didakwa mendatangkan kecederaan dengan memukul menggunakan fail pejabat pada bahagian badan suaminya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular