Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 29 Disember 2011

FAM bersikap ‘gentleman’

Azzuddin (kiri) dan Hamidi berharap para peminat Harimau Muda tidak bimbang mengenai jadual perlawanan skuad negara dalam saigan Liga-S tahun depan.






KUALA LUMPUR - MESKIPUN Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) masih belum mengemukakan sebarang maklumat rasmi berhubung saingan Liga Singapura (Liga-S) termasuk jadual dan gelanggang rasmi skuad Harimau Muda, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap bersikap ’gentleman’.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) berkata, masih terlalu awal untuk mendesak FAS supaya segera mengeluarkan jadual dan gelanggang rasmi buat skuad kendalian Ong Kim Swee itu kerana saingan hanya bermula 9 Februari tahun depan.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa menghormati etika kerja FAS berhubung perkara itu dan yakin ia dapat dikendalikan dengan cukup profesional.

“Kurang manis jika kita terus mendesak FAS. Kami hormati kerja mereka dan yakin ia akan dapat dikendalikan dengan baik.

“Begitupun, sekiranya FAS masih bersikap ‘membisu’ ketika saingan Liga-S bakal bermula, barulah kita akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Semalam media melaporkan kerisauan Kim Swee mengenai sikap ‘membisu’ FAS berhubung jadual perlawanan dan stadium rasmi Harimau Muda sepanjang mengharungi saingan Liga- S musim depan.

Antara kebimbangan Kim Swee termasuk sekiranya berlaku sebarang pertindihan jadual perlawanan yang membabitkan Harimau Muda. Ini kerana, skuad negara bakal beraksi pada pusingan kelayakan Piala AFC dan baki kelayakan temasya Sukan Olimpik 2012.

Mereka bakal bersaing di sana selama empat musim sehingga 2015 dan sebagai ‘pertukaran’ skuad Singapura yang dikenali sebagai Lion XII akan beraksi dalam Liga Super bagi tempoh yang sama.

Dalam pada itu, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, Kim Swee tidak perlu risau mengenai sebarang isu berbangkit termasuk sekiranya berlaku pertindihan jadual kerana segala maklumat berkaitan itu telah disalurkan FAM kepada FAS sebelum ini.

Menurut beliau, satu taklimat khas oleh FAS yang melibatkan Kim Swee dan Datuk Affandi Hamzah (pengurus pasukan) akan diadakan di Singapura antara 5 dan 9 Januari depan bagi membincangkan pelbagai perkara berbangkit, termasuk pemeriksaan keselamatan stadium.

“Saya juga menasihatkan segelintir pihak supaya tidak mensensasikan isu tiket membabitkan aksi pasukan Lion XII kerana sudah termaktub dalam perjanjian sebelum ini.

Setiap tiket yang dijual perlu bernilai minimum RM10 dan mana-mana pasukan, termasuk Lion XII berhak menaikkan harga tiket masing-masing.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular