Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 23 Disember 2011

Pelaburan emas lebih RM23,000 lesap

Jayanudin @ Din Kudung dibawa keluar dari mahkamah, semalam.





SEREMBAN - Seorang lelaki dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini, semalam atas enam tuduhan menipu seorang wanita membabitkan wang bernilai lebih RM23,000 berkaitan satu pelaburan emas di sekitar daerah ini, empat bulan lalu.

Mohamad Jayanudin Kasmin, 40, atau dikenali juga sebagai ‘Din Kudung’ yang memakai baju lokap jingga dan berseluar ungu tenang ketika tiga pertuduhan awal dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Haslina Basarudin.

Tertuduh yang juga bapa kepada empat anak dan berasal dari Melaka itu kemudian membuat pengakuan tidak bersalah atas semua pertuduhan itu dan memohon dibicarakan.

Mengikut pertuduhan pertama, Jayanudin didakwa menipu Roslina Hassan untuk mempercayai terdapat pelaburan emas dan secara tidak jujur mendorong wanita itu memasukkan wang tunai RM4,000 ke dalam akaun bank diberikannya.

Perbuatan berkenaan dilakukan di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari, 17 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa turut melakukan perbuatan itu membabitkan RM5,000 dan RM3,700 di lokasi, waktu dan tarikh sama.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular