Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 25 Disember 2011

Usia baru 12 tahun dah jadi jaguh boling

Iliya Syamim Muhammad Azni: Gadis yang mula bermain boling pada usia lapan tahun ini muncul sebagai juara dalam pertandingan peringkat antarabangsa Milo International Junior All-Stars bagi kategori budak perempuan bawah 12 tahun pada 13 Disember lalu. Pertandingan diadakan di Kuala Lumpur. -


SINGAPURA - KETIKA kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun masih bermain dengan anak patung, Iliya Syamim Muhammad Azni pula 'berlumba' dengan abangnya di kolam renang.

Malah, ketika usianya mencapai lima tahun, Iliya mula menjalani latihan formal dalam sukan golf setelah seorang jurulatih profesional dari Golfers' Network menyaksikannya bermain golf bersama ayahnya.

Azam gigih Iliya untuk muncul terbaik dalam apa jua sukan yang diceburinya sejak usia setahun jagung itu ternyata membuahkan hasil.

Kini Iliya, 12 tahun, yang bermain boling sejak berusia lapan tahun, telah memenangi pelbagai pertandingan boling di peringkat nasional dan terpilih menyertai Akademi Sukan Junior (JSA) sejak tahun lalu.

Malah, pada 13 Disember lalu, Iliya muncul sebagai juara dalam pertandingan peringkat antarabangsa Milo International Junior All- Stars bagi kategori budak perempuan bawah 12 tahun, yang berlangsung di Kuala Lumpur dan disertai pemain Singapura dan Malaysia.

Iliya turut terpilih menerima Biasiswa Elit daripada Sekolah Sukan Singapura (SSS) kerana prestasi cemerlangnya dalam boling.

Biasiswa yang akan membiayai pengajiannya sepanjang empat tahun itu diberikan kepada atlit-atlit cemerlang.

Iliya akan ke SSS tahun depan menerusi program kemasukan langsung (DSA).

Kata Iliya, minatnya dalam boling berputik setelah menghadiri karnival kegiatan ko-korikulum (CCA) sekolahnya, Sekolah Rendah Perempuan Haig's.

Meskipun ketika itu dia telah beberapa tahun bermain golf, Iliya mendapati dia lebih meminati boling.

Iliya, yang akur dirinya suka bersaing dan ingin menang dalam setiap pertandingan, berfikiran positif sebelum pertandingan.

'Saya cuba kekalkan sikap positif dan fokuskan minda. Saya ingin lakukan yang terbaik dalam setiap pertandingan,' ujarnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular