Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 28 Disember 2011

Kemelut dalaman Pas selesai




BACHOK - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan kemelut yang melanda parti itu membabitkan bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah selesai.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kedudukan Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok bagi dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang kepada ahli Pas di kawasan tersebut untuk menentukannya.

Beliau berkata, satu majlis diadakan di antara ketiga-tiga pemimpin terbabit dengan barisan kepemimpinan Pas Pusat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10, bagi meraikan penyelesaian kemelut tersebut.

"Semalam ada pertemuan majlis 'mahabbah' yang dianjur oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, saya selaku tuan rumah sahaja.

"Saya hanya mengucap syukur kepada Allah kerana kecoh yang berlaku reda dan Hasan menarik balik kenyataannya yang sensitif. Ini tanda keikhlasan dan 'anak jantan' apabila sedar ini salah.

"Kita tarik balik dan memohon maaf, ini ajaran agama bukan senang manusia buat salah lepas itu tarik balik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pantai di sekitar daerah ini hari ini yang rosak teruk akibat ombak besar tiga hari lalu.

Beliau diminta mengulas mengenai pertemuan di antara ketiga-tiga pemimpin terbabit bersama kepemimpinan Pas Pusat semalam.

Sebelum ini, Hasan dalam kenyataannya menolak dasar negara berkebajikan kerana perjuangan untuk menubuhkan negara Islam lebih besar.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu, beliau menarik balik kenyataan tersebut.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular