Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 29 Disember 2011

700 cuba nasib jadi idola K-Pop

(Dari kiri) Encik Rusyduddin, Cik Nur Aqilah dan Encik Ashraf mencuba nasib di sesi uji bakat untuk menjadi bintang K-Pop.





SINGAPURA - SEJAK diperkenalkan kepada budaya pop Korea (K-Pop), Encik Muhammad Rusyduddin Rahmat sudah jatuh cinta pada lagu-lagu K-Pop.

Lagu Melayu kini dilupakannya, sebaliknya lagu-lagu Korea menjadi kegemarannya.

Bahkan, beliau kini meniru fesyen terkini di Korea Selatan - rambut disimpan panjang dan cermin mata besar serta jaket ranggi menjadi aksesori hariannya.

Dulu Encik Rusyduddin menyertai sesi uji bakat Anugerah, kini beliau bertukar arah dan mencuba nasib untuk menjadi bintang K-Pop pula.

'Saya mula meminati genre K-Pop pada 2008 setelah diperkenalkan oleh adik perempuan saya. Ia berbeza daripada lagu- lagu Melayu yang kebanyakannya jiwang.

'Walaupun saya tidak faham bahasa Korea, pada saya lagu-lagunya semua unik dan bertenaga,' kata Encik Rusyduddin, 24 tahun, seorang penjaga kuda di Kelab Lumba Kuda Saingapura.

Semalam, beliau antara lebih 700 peserta uji bakat yang mencuba nasib bagi menjadi idola K-Pop di persada dunia di Institut Pembangunan Pengurusan Singapura (MDIS).

Ini kali kedua sebuah agensi pengurusan bakat muda, Alpha Entertainment, menganjurkan uji bakat itu. Pemenangnya akan mendapat kontrak menyanyi selama lima tahun bersama agensi itu.

Peserta boleh memilih menyanyi atau menari di hadapan tiga pengadil dari Korea Selatan dalam uji bakat itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular