Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 29 Disember 2011

Piala Sudirman: Malaysia pertama kali jadi tuan rumah




KUALA LUMPUR - Penganjuran kejohanan campuran dunia dwitahunan di Kuala Lumpur ini secara tidak langsung membawa kembali pertandingan berprestij tersebut ke Asia Tenggara setelah sekian lama dipertandingkan di bumi Eropah dan China.

Antara negara lain yang pernah menjadi tuan rumah sebelum ini termasuklah Denmark, England, Switzerland, Scotland, Sepanyol, Belanda dan China.

Kejohanan itu mula diperkenalkan pada 1989 yang mana Indonesia menjadi hos dan penganjuran di Kuala Lumpur pada tahun depan dijangka mampu menarik lebih 40,000 peminat badminton di rantau ini.

Menurut Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh, penganjuran Piala Sudirman 2013 di Kuala Lumpur adalah amat penting untuk pembangunan berterusan sukan itu di negara ini.

"Kami berharap dapat menarik minat sekurang-kurangnya 40,000 peminat bagi menyaksikan kejohanan ini.

"Stadium Putra yang akan menjadi gelanggang rasmi bakal dinaik taraf selepas Kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia 2012 dan Piala Sudir- man 2013 merupakan antara acara yang terbesar diadakan selepas sele- sai kerja-kerja pengubahsuaian nanti," katanya.

Tambah beliau lagi, kejayaan mereka mengumpulkan lebih daripada 55,000 peminat semasa Piala Thomas dan Piala Uber 2010 dianggap sebagai platform untuk mencapai jumlah yang sama atau mungkin lebih lagi untuk Piala Sudirman 2013 nanti.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Unit Acara Antarabangsa (IEU), Tony Nagamaiah berkata, mereka berbangga dengan setiap kemenangan yang dicipta dalam arena badminton negara.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular