Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 22 Disember 2011

Astaga .. Lelaki Melayu Ramai Sertai Gay

Kira-kira 100 wanita di negeri ini terdiri daripada kakitangan swasta, kerajaan, badan bukan kerajaan serta masyarakat Siam menyertai Majlis Pelancaran Seminar Memperkasakan Wanita Menangani HIV/AIDS selama dua hari bermula semalam di sebuah hotel, dekat sini semalam.



KOTA BHARU- Biarpun menyedari hubungan sejenis berpotensi dijangkiti HIV dan AIDS tetapi masih ramai lelaki Melayu yang degil serta terjebak dalam perbuatan terkutuk itu.

Presiden Majlis AIDS Malaysia, Tan Sri Mohd Zaman Khan berkata, pada tahun 2010 jangkitan melalui hubungan seksual (hertero, homo atau biseksual) mencatatkan 48.7 peratus sedikit melepasi jangkitan melalui penggunaan dadah suntikan iaitu sebanyak 47.4 peratus.

Menurutnya, lelaki yang mengadakan hubungan sama jantina di negara ini adalah serius dan jumlah itu adalah tinggi seperti air bah serta ia melibatkan golongan bawahan.

“Saya rasa malu dengan lelaki Melayu kita ini. Kes ini boleh dijangkiti disebabkan tempat yang digunakan terbabit adalah bukan untuk hubungan seks dan seterusnya membolehkan kemasukan virus. Ada beberapa faktor keadaan ini boleh berlaku iaitu kurangnya penerangan kepada masyarakat berhubungan jangkitan yang berlaku dan ada juga tidak mengambil iktibar terhadap kesannya itu,” katanya kepada media semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular