Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 4 Disember 2011

Azmoon Ahmad pengerusi baru AMP

Aktif bersama AMP sejak lebih tujuh tahun lali.




SINGAPURA - PUCUK pimpinan Angkatan Karyawan Islam (AMP) bertukar tangan menyusuli Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-20 pertubuhan itu semalam.

Jawatan pengerusi kini disandang Encik Azmoon Ahmad, yang mengambil alih kerusi hangat itu daripada Encik Nizam Ismail.

Menurut satu kenyataan AMP, Encik Nizam telah mengundur diri untuk memberi tumpuan kepada Konvensyen AMP yang akan diadakan Jun tahun depan.

Dalam kenyataan itu, AMP turut menambah, peralihan tersebut adalah sebahagian daripada proses pembaharuannya.

Encik Azmoon, 49 tahun, ialah Pengarah Urusan syarikat Elmos Semi-Conductor Pte Ltd. Beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif Serantau (Asia Tenggara) bagi syarikat tersebut.

Sebelum ini, bapa empat orang anak berusia antara enam dengan 20 tahun itu pernah bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Siemens VDO Automotive Pte Ltd (Singapore) dan Pengarah Urusan Continental Automotive Singapore Pte Ltd.

Beliau telah aktif bersama AMP sejak lebih tujuh tahun lalu, termasuk sekitar tiga tahun sebagai Anggota Lembaga Pengarah pertubuhan tersebut.

Kini, beliau turut memegang jawatan pengerusi syarikat subsidiari AMP, Mercu Learning Point (Mercu).

Jawatan tersebut akan beliau lepaskan tidak lama lagi menyusuli pelantikannya sebagai pengerusi AMP.

Dihubungi Berita Minggu (BM), Encik Azmoon berkata, tumpuan utama beliau ialah untuk bekerja rapat dengan Encik Nizam dan anggota Lembaga Pengarah yang lain bagi menjayakan Konvensyen AMP.

Menurutnya, beliau akan memanfaatkan kemahirannya dalam aspek operasi dan pelaksanaan hasil pengalaman selama lebih 25 tahun dalam dunia korporat, bagi memastikan saranan-saranan yang dikemukakan dalam konvensyen itu nanti dapat dilaksanakan.

'Kekuatan Encik Nizam adalah sebagai seorang pemikir. Dengan pengalaman saya dalam bidang operasi, pelaksanaan serta delegasi, saya rasa kami adalah gandingan yang baik untuk menjayakan Konvensyen AMP tahun depan,' ujar beliau.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular