Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 12 Disember 2011

Buka 'gelanggang' pantun di Facebook

Pantun jualan Encik Naim di laman Facebooknya kini dibeli lebih 60 pemantun dari Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei.




SINGAPURA - MANTAN guru pakar bahasa Melayu yang kini penulis bebas, Encik Mohd Naim Daipi, 62 tahun, telah membuka 'gelanggang' pantun di alam siber, di laman Facebook beliau, bagi menghidupkan lagi pusaka Melayu itu.

Beliau memulakan kegiatan berbalas pantun di laman Facebooknya lebih setahun lalu - mengundang respons lebih meluas, spontan dan tidak terbatas berbanding daripada melalui radio atau akhbar.

Encik Naim sendiri telah menulis lebih 1,500 pantun.

Selain berpantun, beliau menulis gurindam, peribahasa dan bicara rasa di laman Facebooknya setiap minggu.

Beliau tidak menyangka dapat meraih banyak respons bagi pantunpantunnya.

Menurut Encik Naim, lebih 60 orang kini membalas pantun-pantunnya, bukan dari Singapura saja bahkan Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Antara mereka ialah Encik Pauzi Mohd Isa, 45 tahun, seorang guru sekolah menengah di Malaysia.

'Budaya berpantun dalam Facebook Cikgu Naim sangat berfaedah bagi menghidupkan budaya tradisi bangsa Melayu yang sudah dilupakan,' kata Encik Pauzi.

Encik Naim berkata beliau mendapat ilham bagi tajuk dan tema pantun-pantunnya daripada isu-isu yang diketengahkan di akhbar.

'Saya dan teman-teman Facebook saya boleh menyuarakan pandangan dan pemikiran dengan pantun berteraskan isu-isu demikian dengan cara tidak agresif, berhemah, sopan dan dengan perkataan terbatas,' ujarnya.

Menurut beliau, sejauh ini terdapat sekitar 70 tajuk yang dipantunkan di laman Facebooknya, termasuk seks luar nikah, pender derhaka terhadap ibu bapa, kegiatan samseng, keluarga merempat, hutang, guru songsang (guru tidak menunjukkan peribadi baik) dan isu-isu lain yang mengajar nilai kepada pembaca.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular