Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 15 Disember 2011

Guru cubit pelajar hingga lebam

Kesan lebam setelah dicubit guru darjah.





BANDAR SERI BEGAWAN - Dua kesan cubitan sehingga lebam (gambar) oleh seorang guru terhadap seorang murid Tahun 4 di sebuah sekolah rendah termasuk "terpaksa keluar" selama tiga hari berturut-turut dari kelas apabila tiba mata pelajaran yang diajar oleh guru terbabit membuat seorang bapa merasa terkilan apabila anaknya diperlakukan sedemikian.

Dalam kejadian itu, bapa murid memberitahu, bahawa anaknya pada mulanya dicubit sehingga lebam di lengan kiri apabila dia lupa membawa kerja projek ke sekolah.

Kesan cubitan pertama diketahui oleh ibu murid terbabit apabila ternampak lebam di lengannya lantas membawa anaknya ke hospital untuk membuat pemeriksaan sebelum membuat laporan ke balai polis.

Bapa murid itu mendakwa, beliau telah pergi ke sekolah anaknya pada keesokan harinya ditemani anggota polis untuk berjumpa dengan pengetua sekolah bagi mendapatkan penjelasan perkara sebenar.

Jawapan guru besar yang mengatakan guru itu mencubit "tanpa sedar" membuat beliau tidak berpuas hati dan berharap perkara itu tidak akan diulangi.

Menurutnya, apabila guru yang sama sekali lagi mencubit lengan kanan anaknya sehingga lebam akibat lupa membawa kerja rumah ke sekolah, beliau terus berjumpa penyelia sekolah di daerah itu untuk melaporkan kejadian tersebut apabila pihak pengurusan sekolah bagaikan "acuh tak acuh" akan perkara itu.

Sehingga kini, katanya beliau belum mendapat jawapan daripada penyelia sekolah mengenai perkara itu.

Murid itu memberitahu Media Permata, bukan dia seorang sahaja yang dicubit bahkan rakan sekelasnya turut mengalami perkara yang sama tetapi enggan memberitahu ibu-bapanya.

Walaupun anaknya lupa untuk membawa kerja projek dan kerja rumahnya ke sekolah, guru terbabit tidak sepatutnya membuat tindakan seperti itu kerana anaknya masih lagi di peringkat usia kanak-kanak, lagipun banyak cara dapat dilakukan untuk menghukum anak murid.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular