Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 15 Disember 2011

Mahasiswa perubatan antara 400 penerima dermasiswa

Penerima dermasiswa LBKM, (dari kiri) Cik Siti Mardia Abu Samah, Cik Nur Diana Zakaria and Cik Nuraini Mohd Razali bercita-cita menyumbang kepada masyarakat menerusi bidang-bidang yang telah mereka pilih kelak.



SINGAPURA - BUKAN mudah mengekalkan prestasi akademik cemerlang buat jangka masa panjang.

Namun, itulah yang dicapai Cik Nur Diana Zakaria - sejak darjah enam hingga sekarang sebagai mahasiswa perubatan Universiti Nasional Singapura (NUS).

Ia berkat kerja keras dan azam beliau ingin menjadi doktor.

Cik Nur Diana, 23 tahun, pernah menjadi antara pelajar terbaik nasional dan mendapat Anugerah Mendaki bukan sekali, tetapi tiga kali berturut-turut.

Sabtu lalu pula, beliau menerima dermasiswa Dr Abdul Aziz Mohd Ali Sujak, yang bernilai $3,000 setiap satu. Ia diberi Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) kepada tujuh mahasiswa perubatan cemerlang tahun ini.

Cik Nur Diana antara 400 mahasiswa, possiswazah setempat dan luar negara yang menerima dermasiswa pelbagai kategori LBKM dalam satu majlis di Politeknik Singapura.

Beliau muncul sebagai murid Melayu terbaik dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dan antara pelajar nasional terbaik dalam peperiksaan GCE peringkat 'O' dan 'A'.

Anak kedua daripada tiga adik- beradik itu ingin menyumbang kepada masyarakat dengan kemahirannya.

'Saya ingin buat penyelidikan bagi mempertingkat tahap penjagaan prahospital kelak, rawatan kecemasan yang diberi kepada pesakit sebelum mereka dihantar ke hospital,' ujar mahasiswa tahun akhir itu, yang merancang menceburi bidang perubatan kecemasan.

Cik Nur Diana dan lapan rakannya juga terlibat dalam sebuah projek yang bertujuan mengurangkan jumlah perokok di Singapura.

Projek itu, yang antara lain menyarankan warga yang dilahirkan selepas tahun 2000 dilarang membeli rokok, dirintis ketua jabatan pembedahan onkologi Pusat Barah Nasional (NCC), Dr Koong Heng Nung.

'Perangkaan menunjukkan bilangan perokok Melayu adalah yang tertinggi dan ini tentunya satu gejala membimbangkan.

'Oleh itu, saya ingin melakukan sesuatu bagi menangani masalah ini,' ujar Cik Nur Diana, yang neneknya menghidap barah jantung sejak tahun lalu.

Seorang lagi penerima dermasiswa LBKM kelmarin ialah Cik Siti Mardia Abu Samah, 24 tahun, siswazah sarjana Pengajian Melayu di Universiti Malaya.

Lulusan Madrasah Al-Irsyad Al- Islamiah itu bercita-cita menjadi guru.

'Guru-guru di madrasah menjadi inspirasi saya dan saya tidak akan melupakan nasihat serta sokongan moral yang tidak jemu-jemu diberikan mereka kepada kami.

'Saya berharap dapat menjadi guru seperti mereka kelak,' ujar beliau, yang akan melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Nasional (NIE).

Cik Nuraini Mohd Razali, 23 tahun, pula menyifatkan dermasiswa yang diperolehnya itu sebagai pengiktirafan kerja kerasnya selama ini.

Beliau mengambil laluan lebih jauh untuk ke universiti - bermula daripada Institut Pendidikan Teknikal (ITE) sebelum ke Politeknik Nanyang dan kini di Institut Teknologi Singapura (SIT) dalam bidang kejururawatan.

'Saya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana kelak agar dapat bertugas sebagai jururawat amalan lanjutan, atau Advanced Practice Nurse (APN).

'Sebagai APN, saya akan diberi tugas-tugas tambahan yang biasanya dilakukan oleh doktor, seperti menjalankan pemeriksaan, mengesan penyakit dan merancang rawatan,' ujarnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular