Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 5 Disember 2011

Jalaluddin Hassan marah kaitkan perkahwinan Syella Kamaruddin

Datuk Jalaluddin Hassan





KUALA LUMPUR - Memalukan dan mengecewakan, Itulah digambarkan pelakon tersohor, Datuk Jalaluddin Hassan, apabila tersebarnya berita perkahwinan penyanyi, Syella Kamaruddin yang dikaitkan dengan abangnya, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Jalaluddin memberitahu, berita yang tersebar di laman maya itu, membuatkan dia dan keluarga terkejut besar. Malah orang tuanya sendiri tidak mengetahui perkara ini.

“Baru semalam (Jumaat) saya hubungi abang saya. Bila saya bertanyakan perkara ini, abang dan kakak ipar saya tergelak besar.

“Orang paling terkesan dengan khabar ini ialah orang tua kami. Takkanlah abang saya sekejam itu sehingga menyembunyikan hal ini dari pengetahuan mereka,” katanya.

Jalaluddin turut kesal dan marah apabila berita itu turut mengaitkan bapanya.

“Saya ada terbaca artikel berkenaan isu itu. Kenapa menulis sedemikian? Mengaitkan pula ayah saya dalam hal ini.

“Cukuplah mereka membuat cerita tidak benar tentang abang saya. Kini mereka mahu melibatkan ayah saya pula. Orang yang menyebarkan berita ini memang tidak berbudi bahasa,” katanya dalam nada geram.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular