Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 13 Disember 2011

Kontroversi Eton Melaun - Zaiton Sameon

Zaiton Sameon






KUALA LUMPUR - Peserta Maharaja Lawak Mega, Mohd. Sobri Anuar, yang didakwa memperolok-olok Zaiton Sameon semasa majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18, berjanji akan menemui penyanyi terkenal era 80-an itu dalam tempoh terdekat.

Pertemuan itu amat penting bagi membolehkan beliau menjelaskan sendiri perkara sebenar yang berlaku selain mengelak salah faham daripada berterusan.

Mohd. Sobri berkata, tidak terlintas dalam fikirannya untuk memperolok-olok Zaiton dalam persembahan AIM 18 baru-baru ini memandangkan beliau membesar dengan lagu-lagu penyanyi itu selain menyukainya sebagai seorang artis.

"Kenapa saya namakan diri saya sebagai Eton Melaun pada majlis itu? Sebenarnya, Eton Melaun ialah peminat Kak Zaiton dan bukannya Kak Zaiton.

"Walaupun ia adalah satu aksi meniru watak, tetapi saya menggunakan watak lain kerana itulah caranya kita menjaga sensitiviti dan maruah orang lain.

“Cumanya kesalahan saya di AIM ialah saya tidak umumkan bahawa Eton Melaun ialah peminat setia kepada Kak Zaiton. Nescaya kalau saya umumkan perkara itu, kontroversi ini tidak mungkin akan berlaku,” katanya ketika ditemu bual dalam Program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24.

Mengulas kritikan pedas yang dilontarkan Chef Wan berhubung kontroversi Eton Melaun, Mohd. Sobri berkata, beliau tidak marah sebaliknya menerima kritikan itu dengan hati yang lapang.

Chef Wan, menurut Mohd. Sobri merupakan seorang tokoh ikonik di negara ini dan kritikan pedas terhadap persembahannya menunjukkan beliau prihatin dengan mutu persembahan peserta.

"Melihat kembali kepada kritikan-kritikan beliau, saya percaya ia adalah satu komentar yang bernas daripada seorang tokoh yang berpengalaman dan seharusnya ia didengari dengan penuh teliti,” katanya

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular