Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 10 Disember 2011

Penganjur Program Debat Mahasiswa tidak mengemukakan permohonan rasmi

Prof Datuk Dr Rohana





SHAH ALAM - Penganjur Program Debat Mahasiswa di Universiti Malaya (UM) malam kelmarin langsung tidak pernah mengemukakan permohonan rasmi kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti itu sebelum melaksanakannya.

Timbalan Naib Canselor HEP, Prof Datuk Dr Rohana Yusof berkata, selepas dimaklumkan perkara itu, beliau meminta bahagian keselamatan untuk memberhentikannya kerana pelajar berkenaan telah melanggar kesalahan universiti.

"Walaupun program itu dikatakan bersifat ilmiah, tetapi ia telah melibatkan pihak luar, jadi universiti terpaksa mengambil tindakan kerana pelajar tidak mengemukakan permohonan.

"Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini, universiti terpaksa menanggung risiko mengenainya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan bahagian keselamatan UM yang memberhentikan debat bertajuk Auku dan Autonomi Mahasiswa di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-undang UM anjuran Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).

Katanya, sebagai pelajar mereka hendaklah mematuhi peraturan yang dikeluarkan universiti dan semua ini diketahui pelajar.

"Ini yang saya harian, sebagai pelajar universiti, mereka hendaklah menghormati peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Sebelum ini, Kejadian tersebut berlaku ketika debat sedang rancak berjalan pada pusingan kedua, tiba-tiba beberapa pengawal keselamatan terbabit bertindak menutup lampu dan meminta supaya perdebatan dihentikan dengan segera.

Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) Khairul Naim berkata, setelah rundingan dilakukan beberapa minit, akhirnya pihak keselamatan memberitahu arahan tersebut datang daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM, Datuk Rohana Yusof.

Menurut Naim, mahasiswa begitu kecewa kerana program itu dianggap mengecam keselamatan kampus sedangkan perdebatan berkenaan adalah bersifat ilmiah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular