Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 20 Disember 2011

PRU13: Masa bantahan dihapus

Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) pada sidang akhbar di Putrajaya, semalam. Turut hadir Wan Ahmad Wan Omar.







PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menghapuskan masa bantahan selama sejam pada hari penamaan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, keadaan itu bermakna pegawai pengurus pilihan raya akan diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan kelayakan seseorang calon untuk bertanding dalam pilihan raya.

''Ini bermakna calon lawan tidak lagi boleh membangkitkan soal-soal teknikal tetapi tugas tersebut akan dipikul sepenuhnya oleh pegawai pengurus.

''Kalau pihak tertentu ada bukti bahawa calon itu tidak layak bertanding dan ia tidak disedari pegawai pengurus, maka mereka boleh bawa petisyen ke mahkamah selepas pilihan raya," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Abdul Aziz turut mengumumkan calon yang telah dinamakan tidak lagi dibenarkan menarik diri pada saat-saat terakhir.

''Keadaan ini akan memudahkan SPR mencetak kertas undi lebih awal dan tidak perlu menunggu selama tiga hari untuk melihat sama ada terdapat calon yang mahu menarik diri," katanya.

Beliau berkata, SPR turut membenarkan pengundi golongan orang kelainan upaya (OKU) seperti orang buta atau cacat dibantu oleh orang yang dipercayainya untuk mengundi.

''Orang yang boleh dipercayai itu bagaimanapun mesti terdiri daripada warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas," katanya.

SPR turut bersetuju untuk mempamerkan daftar pemilih baru selama 14 hari berbanding tujuh hari seperti sedia ada.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular