Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 20 Disember 2011

Raja Lawak Mega: 'Perang siber' Adlin-Chef Wan




KUALA LUMPUR - DARI pentas Maharaja Lawak Mega akhirnya meleret-leret hingga ke laman sosial Facebook. Bagaimanapun, bukan kehebatan program itu yang menjadi bualan tetapi kisah perang siber membabitkan juri program ini, iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan peserta yang tersingkir Jumaat lalu, Adlin Aman Ramlie.

Semuanya bermula apabila anak kepada pelakon Ruminah Sidek dan Allahyarham A R Tompel itu meluahkan perasaan marah kepada tukang masak glamour itu kerana menganggap tindakan Chef Wan membuat komentar di laman FB sebagai tidak wajar dan menjatuhkan maruahnya.

Geram dengan perbuatan itu, Adlin dengan lantangnya melancarkan ‘perang’ terhadap Chef Wan sambil mempersoalkan kredibiliti lelaki berkenaan sebagai juri program itu. Sebagai orang yang didakwa mencetuskan kontroversi itu, untuk mendapatkan penjelasan Chef Wan dan pandangannya terhadap kenyataan Adlin itu.

Sambil menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk melayan sifat emosional Adlin itu, selebriti chef itu juga berkata bahawa apa yang dilakukannya itu adalah atas dasar kerja, bukan serangan peribadi ke atas bekas juri program Akademi Fantasia itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular