Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 17 Disember 2011

Tun Dr Mahathir Cabar Anwar Ibrahim





TASEK GELUGOR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup bersumpah di mana-mana masjid untuk membuktikan beliau tidak pernah menulis surat memohon bantuan Bank Dunia untuk mengatasi kemelut ekonomi dan kewangan negara sepanjang pemerintahannya.

Malah, beliau mencabar bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tampil menunjukkan surat itu jika benar beliau ada berbuat demikian bagi mengelak sebarang kekeliruan.

"Saya cabar Anwar kemukakan surat itu kerana tidak mahu dituduh yang bukan-bukan. Saya bersedia bersumpah untuk membuktikan apa yang dicakapkannya itu merupakan pembohongan semata-mata. Sudahlah, hentikan sifat pembohongan itu kerana ia tidak baik dijadikan amalan," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar dalam satu ceramah politik di Selangor beberapa hari lalu kononnya beliau memohon bantuan Bank Dunia untuk mengatasi kemelut kewangan yang melanda negara ketika itu.

Tuduhan Anwar itu turut disiarkan dalam portal Malaysia.kini yang menggambarkan Dr Mahathir tidak cekap mentadbir negara hingga memaksanya untuk meminjam, khususnya ketika krisis kewangan melanda seluruh dunia sekitar tahun 1980-an dan 1990-an.

"Saya menafikan dakwaan itu. Langkah tidak memohon bantuan itu merupakan tindakan terbaik bagi mengelak Malaysia dari terus menjadi pak turut dan mengikut telunjuk bank itu. Apa gunanya erti kemerdekaan jika negara kita masih berada di bawah kawalan bank berkenaan hingga terpaksa mengikut semua kehendak mereka. Sekarang, terbukti tindakan saya itu betul berbanding dengan negara lain yang meminjam daripadanya," katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular