Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 1 Disember 2011

Undi pos: Penduduk Semenanjung yang menetap di Sabah dan Sarawak



KANGAR - Penduduk Semenanjung yang menetap di Sabah dan Sarawak dan sebaliknya atas faktor kerja dicadangkan menjadi pengundi secara pos bagi melancarkan perjalanan pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzhi Sheikh Ahmad berkata, kemudahan mengundi secara pos dilihat sesuai kepada golongan ini susulan kesukaran mereka untuk pulang mengundi di kampung halaman masing-masing disebabkan faktor kekangan masa, wang ringgit dan tenaga.

Menurutnya, cadangan itu masih di peringkat perbincangan dalam kalangan ahli Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen yang turut dianggotainya dan berharap kata putus akan dicapai setelah segala maklum balas diterima.

"Saya melihat cadangan ini amat baik kerana ramai rakyat Malaysia yang berasal dari Sabah dan Sarawak juga bekerja di Semenanjung. Satu mekanisme penyelesaian bagi membolehkan golongan ini turut mengundi perlu direncana bagi memastikan hak mereka ditunaikan.

"Setakat ini, saya menerima pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak sepanjang perbincangan mengenai isu ini ditimbulkan," katanya sewaktu ditemui semalam.

Mohd Radzhi berkata, sehingga kini pihaknya menganggarkan lebih 500,000 rakyat Malaysia yang berasal dari Sabah dan Sarawak bekerja di Semenanjung serta sebaliknya.

"Selama ini, kita mengenal pasti undi pos perlu dilaksanakan kepada rakyat yang menetap di luar negara tetapi ramai tidak menyedari terdapat satu fenomena lain yang perlu diambil kira Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Perbincangan akan diteruskan oleh ahli Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen dari semasa ke semasa dan saya berharap agar idea murni itu dapat dilaksanakan demi kemudahan rakyat," katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular