Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 5 September 2013

Ayah setubuhi anak gadisnya di ladang sawit

KUALA TERENGGANU - Seorang bapa bernafsu binatang apabila tergamak melepaskan nafsu serakah ke atas anak kandungnya sejak mangsa berusia 6 tahun dan berterusan sehingga mangsa kini berusia 18 tahun, dalam kejadian di Kampung Padang Tapong, Jerteh, Besut.

Menurut sumber, perbuatan jijik bapa berusia 42 tahun ke atas anak sulung daripada lapan beradik itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian menimpa dirinya kepada guru kaunseling di sekolah, selepas dirogol lagi pada 21 Ogos lalu.

“Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berada di rumah telah diajak bapanya ke ladang kelapa sawit berhampiran dan tanpa menyimpan syak, mangsa hanya mengikut arahan.

“Setibanya di situ, mangsa dipaksa memuaskan nafsu bapanya, bagaimanapun, pada mulanya mangsa cuba melawan tetapi tidak berdaya sebelum dirogol oleh bapa sendiri buat ke sekian kalinya,” katanya, semalam.

Sumber berkata, mangsa yang juga calon STPM mengambil keputusan membongkar segala perbuatan keji bapanya selama ini kerana dipercayai sudah tidak tahan lagi menjadi ‘hamba seks’ kepada lelaki itu.

“Mangsa mendakwa menjadi hamba seks bapanya sejak tadika lagi dan disebabkan takut diapa-apakan oleh bapanya kerana sering diugut, mangsa mengambil keputusan berdiam diri dan tidak menceritakan kepada ibunya selama ini,” katanya.(SH)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular