Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 8 September 2013

Jenazah pelakon Maimon selamat dikebumikan

LEDANG - Jenazah pelakon Maimon Mutalib, 55, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung  Sialang, Tangkak, di sini, jam 10.20 malam semalam.

Sebelum itu jenazah disembahyangkan di Masjid Sialang, Tangkak sebelum dibawa ke tanah perkuburan tersebut untuk dikebumikan.

Allahyarham  meninggalkan  lima cahayamata, Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji  Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu  pernah membintangi beberapa filem seperti Qabil Khushry Qabil Igam, Cuci, Chermin, Otai, Semerah Cibta Stilleto dan Budak Pailang.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 2.20 petang semalam di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam, selepas dibenarkan dibawa keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

Kesihatan allahyarham dilaporkan merosot selepas disahkan menghidap penyakit kanser payu dara tahap empat, tahun lalu.

Rakan artis yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir termasuk, Azizah Mahzan dan Mak Jah.
(SH)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular