Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 5 September 2013

Pelakon popular didakwa ada skandal dengan isteri orang


JOHOR BAHRU - Seorang ahli perniagaan berusia 56 tahun membuat laporan polis terhadap seorang aktor popular yang didakwa mempunyai skandal dengan isterinya sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, ahli perniagaan berkenaan berbuat demikian selepas dia mengalami tekanan perasaan dan gangguan mental hingga menyebabkan hubungan dirinya dengan isteri terjejas sehingga dia bertengkar hampir setiap hari.

Lelaki itu yang tinggal di sini juga dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan selebriti tersebut yang disifatkan telah mengganggu keharmonian keluarga dan rumah tangganya.

Skandal itu terbongkar apabila ahli perniagaan berkenaan menyemak telefon bimbit milik isterinya pada 7 Ogos lalu apabila terdapat SMS, Instagram dan WhatsApp artis berkenaan yang antara lain mengandungi kata-kata dan gambar lucah termasuk gambar lucah pelakon berkenaan.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular