Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 19 Ogos 2013

Bengkel jadi pub, pusat karaoke


Pendatang yang ditahan dibawa ke lokap Jabatan Imigresen untuk siasatan lanjut.

AYER KEROH - Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, sebuah bangunan bekas bengkel di sebuah pusat perindustrian di Bandaraya Melaka dijadikan pusat hiburan yang menjalankan perniagaan pub dan karaoke.

Bagaimanapun, taktik mereka tidak menjadi apabila tetap dihidu Jabatan Imigresen Melaka yang membuat serbuan, awal pagi semalam.

Dalam serbuan itu, seramai tujuh wanita Vietnam yang sedang leka melayan pelanggan, ditahan.

Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Kamalludin Ismail berkata, pusat hiburan yang sudah beroperasi sejak tiga bulan lalu menggunakan bangunan yang dikelilingi beberapa bengkel lain.

Menurutnya, siasatan awal turut mendapati wanita Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) itu dipercayai terbabit dalam kegiatan tidak bermoral di luar.

“Kesemua mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut kerana didapati menyalah gunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO di pusat hiburan berkenaan,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Melaka, di sini semalam.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular