Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 11 Ogos 2013

Masjid Cina Muslim dibuka

Sebahagian jemaah yang menunaikan solat fardu Asar di masjid berkenaan.



IPOH - Tanggal 4 Ogos 2013 atau bersamaan dengan 27 Ramadan 1434H akan terus dikenang oleh warga Taman Tasek Jaya apabila Masjid Muhammadiah atau Masjid Cina Muslim dibuka untuk jemaah.

Setelah hampir tiga tahun tergendala, kini warga Taman Tasek Jaya berbangga kerana berpeluang menunaikan solat fardu buat kali pertama di masjid berkenaan.

Mengulas lanjut, Timbalan Pengerusi Masjid berkenaan,  Datuk Dr Fadzli Cheah berkata, secara keseluruhannya, kewujudan masjid itu bertujuan menampung pertambahan penduduk di situ.

Untuk rekod pembinaan masjid itu adalah hasil kerjasama jawatankuasa Masjid Lama Muhammadiah bersama pihak Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Ipoh.

Fadzli Cheah yang juga Pengerusi Macma cawangan Ipoh berkata,  kewujudan masjid berkenaan juga bakal memudahkan perkembangan syiar Islam  di kawasan berkenaan.

“Alhamdulillah, masjid ini berjaya juga disiapkan dan namanya kita kekalkan sebagai Masjid Muhammadiah. Bagaimanapun, hanya fasa pertama yang disiapkan. Kita masih memiliki fasa kedua iaitu membina pusat dakwah di tapak masjid lama.

“Kita merancang untuk mewujudkan sekolah agama rakyat di tapak berkenaan tidak lama lagi,” katanya pada majlis pembukaan masjid berkenaan, Isnin lalu.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular