Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 22 Ogos 2013

Raungan minta tolong

GENTING HIGHLAND -  “Sebaik saja masuk ke dalam bas, saya dengar suara mangsa meraung kesakitan dan meminta tolong. Kebanyakan daripada mereka tersepit dan ramai juga terhumban keluar.

“Cermin depan bas pecah, begitu juga cermin tingkap. Saya juga nampak beberapa mangsa seorang demi seorang terjatuh keluar melalui cermin tingkap yang pecah.”

Demikian kata Mohd Najib Mohd Kassim, 37, seorang daripada empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands yang paling awal tiba untuk operasi menyelamat penumpang bas yang terjunam lebih 60 meter ke dalam gaung di Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, petang kelmarin.

Kemalangan berlaku pada jam 2.22 petang di Kilometer 3.6 jalan berkenaan, disifatkan antara paling buruk dalam sejarah negara selepas pemandu dan 37 daripada 52 penumpang bas itu terbunuh manakala 16 lagi cedera.

Mohd Najib yang tiba di tempat kejadian tidak sampai 10 minit selepas kejadian berkata, sebagai anggota pasukan peninjau, dia dan tiga rakan sepasukan diarahkan turun ke lokasi bas yang ketika itu tersangkut pada dahan pokok bagi meninjau keadaan sebelum merancang operasi menyelamat.(Metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular