Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 30 Ogos 2013

Bersatu pertahan kedaulatan - Najib Razak


Percikan bunga api mengindahkan lagi ruang udara Pusat Pentadbiran Kerajaan, Putrajaya pada sambutan Ambang Merdeka sempena Hari Kemerdekaan kali ke-56 yang bertemakan "Malaysia Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku" di Pusat Maritim Putrajaya di Putrajaya malam semalam

KUALA LUMPUR -  Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat untuk kekal bersatu untuk mempertahan kedaulatan Malaysia yang sejak puluhan tahun menjadi negara yang merdeka serta bebas daripada cengkaman penjajahan asing.

Dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan ke-56 yang disambut esok, Perdana Menteri menegaskan kini bukanlah masa untuk rakyat Malaysia berpecah-belah.

"Walau apa dugaan yang merintang, kita tidak boleh berputus asa, sebaliknya harus mara untuk memajukan negara berasaskan perpaduan nasional," kata Najib ketika menyampaikan perutusan itu yang disiarkan stesen televisyen tempatan malam ini.

Beliau menarik perhatian bahawa memiliki kedaulatan bermaksud rakyat Malaysia sendiri berhak sepenuhnya dalam segala urusan mentadbir, memerintah dan menentukan sendiri hala tuju negara.

"Malah, dalam menjiwai kemerdekaan dan kisah-kisahnya, kita juga wajib terus memelihara dan mempertahan perkara-perkara berkaitan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam serta keistimewaan Melayu dan Bumiputera seperti mana bapa kita terdahulu termaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan,"
katanya.

Acara perbarisan Hari Kemerdekaan tahun ini yang bertema 'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku' akan berlangsung di Dataran Merdeka, esok, dengan acara Ambang Merdeka 2013 menunggu detik 12 malam tanda tibanya 31 Ogos dijadual diadakan di Pusat Maritim, Putrajaya, malam ini.

Najib seterusnya mengambil kesempatan untuk mengingatkan rakyat bahawa kedaulatan sebagai faktor yang menunjang Malaysia sebagai sebuah negara, tidak datang secara bergolek.

"Telah banyak keringat mengalir, telah sekian tumpahnya darah pengorbanan.Semua itu hasil perjuangan para pemimpin bersama generasi terdahulu, dan bersinambung sampai sekarang," katanya.(metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular