Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 11 Ogos 2013

Menghina Islam: Surau dijadikan pusat aktiviti bukan Islam

RAKAMAN video yang memaparkan surau dijadikan tempat penganut agama lain menjalankan kegiatan keagamaan mereka.

KOTA TINGGI -  Rakaman video yang dimuatkan dalam laman web sosial Facebook (FB) yang memaparkan aksi sekumpulan penganut agama lain menjalankan aktiviti keagamaan di dalam surau di sebuah resort di Sedili, di sini, kelmarin, disifatkan sebagai menghina agama Islam.

Lebih mengejutkan, mereka menjadikan surau itu seolah-olah sebuah tokong apabila membaca mantera dan membawa masuk patung berhala serta gambar yang diletak di tempat imam bersolat, manakala sami dan pengikutnya duduk di atas karpet kecil yang dijadikan alas dan menghadap patung berhala itu.

Seramai 14 individu termasuk seorang sami Buddha dilihat giat bersembahyang dan membaca mantera tanpa menyedari ia boleh menjejaskan sensitiviti umat Islam.

Malah, video berdurasi selama seminit 25 saat itu turut memaparkan bangunan surau dari depan selain ayat syahadah yang digantung di dalam surau berkenaan.

Turut kedengaran, bunyi radio yang dipasang dengan bacaan mantera dan ia diulangi semua peserta itu. (metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular