Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 16 Ogos 2013

Suami tak mengaku salah belasah isteri dalam lif hospital

BUKIT MERTAJAM – Kejadian seorang wanita yang dibelasah cukup-cukup di depan dua anaknya ketika berada di dalam lif sebuah hospital swasta Isnin lalu menyaksikan seorang lelaki yang merupakan suaminya didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Bagaimanapun, Mohamad Affandi Ismail (gambar kecil), 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Ariff Mohamad Shariff.

Pegawai veterinar di Jerantut, Pahang itu dituduh menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 36 tahun. Perbuatan tertuduh tersebut dirakam televisyen litar tertutup di dalam lif Hospital KPJ Bandar Perda dekat sini pada pukul 4 petang.

Mohamad Affandi dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.(kosmo)



PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular