Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 5 Ogos 2013

Geng Panji Hitam gagal tawan Istana Negara


SALAH satu pengenalan diri ahli Geng Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara yang dirampas polis semalam

KUALA LUMPUR – Sepuluh orang termasuk dua wanita Geng Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara yang mendakwa pewaris Yang di-Pertuan Agong yang sah cuba mengambil alih pentadbiran Istana Negara ditahan semalam.

Kesemua mereka yang berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta ditahan ketika berhimpun di depan pintu 1, Istana Negara pada pukul 4.10 pagi sambil membawa 13 bendera serta beberapa pucuk surat kononnya watikah baiah (perjanjian untuk taat).

Empayar Langkasuka Nusantara merupakan sebuah kerajaan lama di utara Semenanjung.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati tujuh daripada ahli geng itu tidak mempunyai kad pengenalan manakala baki ahli kumpulan itu masing-masing berasal dari Melaka, Perak, Kedah dan Johor.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular