Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 22 Ogos 2013

Merangkak atas timbunan mayat



SARIMAH MOKHTAR menemani anaknya, Saidah yang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas bas dinaikinya terlibat nahas di Genting Highlands kelmarin.

GOMBAK – Merangkak di atas timbunan mayat dalam keadaan menahan sakit menjadi sebahagian detik hitam yang tidak dapat dilupakan buat seorang penumpang sebuah bas henti-henti yang terselamat dalam nahas hingga mengorbankan 37 jiwa di Genting Highlands kelmarin.

Selepas terselamat dalam kejadian di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands itu, Nurul Quraitul Aini Md. Jali, 19, tidak dapat lagi tidur lena apabila sering diganggu oleh bayangan mangsa-mangsa yang terkorban.

Nurul Quraitul menceritakan semua pengalaman itu kepada kakaknya, Nor Ain, (gambar kecil) 21. Gadis terbabit merupakan antara 16 penumpang yang terselamat dalam nahas itu.

Menurut Nor Ain, adiknya memberitahu, kejadian pada pukul 2.24 petang itu berlaku ketika dia bersama rakannya, Saidah Misbun, 20-an, dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing setelah kontrak mereka bekerja di bankuet Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting tamat.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular