Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 21 Ogos 2013

Zed Zaidi tanding EXCO Pemuda Umno


KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil mengesahkan akan bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti itu.

Katanya, keputusan itu diambil setelah beliau mendapat sokongan padu daripada ahli di 191 bahagian pergerakan itu di seluruh negara untuk bertanding jawatan tersebut.

“Saya lihat mereka bersungguh-sungguh memberikan sokongan penuh kepada saya untuk bertanding khususnya sebagai Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian pergerakan itu.

“Pada masa ini saya hanya menggalas jawatan timbalan pengerusi sahaja, kalau boleh mereka mahu saya pegang portfolio lebih tinggi supaya peranan artis lebih berkesan dalam Umno dalam memulihkan imej menjelang PRU14,” katanya kepada wartawan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasratnya yang ingin bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti itu pada Oktober depan.

Dalam pada itu katanya, penglibatan penggiat seni dalam BN itu sekali gus memulihkan imej parti pemerintah itu yang dikritik teruk pembangkang pada PRU13 lalu yang memanipulasikan golongan artis untuk kepentingan politik pembangkang.

“Sekurang-kurangnya apabila wakil Seniman diangkat dalam pergerakan itu, kita dapat melahirkan satu pemimpin dalam industri seni dalam Umno itu sendiri dan dapat menyerang balas kritikan serta hentaman artis pro-pembangkang pada pilihan raya lalu,” katanya.(SH)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular