Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 14 Ogos 2013

Polis cari lelaki belasah isteri dalam lif


IMEJ-imej rakaman CCTV mengenai tindakan lelaki membelasah isterinya di dalam sebuah lif di hospital swasta di Bukit Mertajam, Isnin lalu.

GEORGE TOWN - Polis sedang mengesan seorang penjawat awam yang dilihat melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) membelasah isterinya di dalam sebuah lif di hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini pada Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, suspek berusia 36 tahun dan bekerja di Jerantut, Pahang itu menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya selepas kejadian pada pukul 4 petang itu.

"Pasangan suami isteri yang berasal dari Pulau Pinang sebelum itu melawat anak sulung mereka yang menerima rawatan di hospital dan motif kejadian dikatakan berpunca daripada masalah keluarga," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular