
BANDAR SERI BEGAWAN - Brunei Darussalam telah dinilai di tempat ke-53 dalam satu tinjauan bandar di seluruh dunia untuk keselamatan pekerja dan nombor 97 dalam taraf hidup terbaik. Ia adalah menurut Mercer's 2011 dalam Tinjauan Kualiti Hidup yang dijalankan di seluruh dunia.
Tinjauan adalah berdasarkan pada penilaian 39 kriteria untuk setiap bandar, dikumpulkan dalam 10 kategori, termasuk persekitaran politik dan sosioekonomi, pertimbangan perubatan dan kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan perumahan. Tinjauan merangkumi 221 bandar yang dibandingkan dengan New York sebagai bandar asas.
Vienna mempunyai taraf hidup terbaik di dunia. Zurich dan Auckland menyusuli di tempat kedua dan ketiga masing-masing, dan Munich menduduki tempat keempat dengan Dusseldorf dan Vancouver berkongsi tempat kelima.
Mercer menjalankan tinjauan untuk membantu kerajaan dan syarikat multinasional mengganti rugi pekerja dengan adil apabila memberikan mereka tugasan antarabangsa.
Laporan Kualiti Hidup Mercer memberikan maklumat bernilai dan cadangan kesusahan untuk bandar utama di seluruh dunia.
Pada tahun ini, tinjauan mengenal pasti bandar berkenaan secara berasingan dengan ranking keselamatan peribadi tertinggi berdasarkan kestabilan dalaman, tahap jenayah, keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dan perhubungan antarabangsa negara tuan rumah. Luxemburg menduduki tempat teratas dalam ranking keselamatan peribadi ini, diikuti oleh Bern, Helsinki dan Zurich - semuanya menduduki tempat kedua.
Bandar Asia dengan ranking tertinggi untuk taraf hidup terbaik adalah Singapura (25) dan Tokyo (46), Hong Kong (70), Kuala Lumpur (76), Seoul (80) dan Taipei (85) dan bandar utama Asia lain menduduki di tempat 100 teratas.
"Sebagai satu rantau, Asia Pasifik amat berlainan. Negara seperti Australia, New Zealand dan Singapura menguasai tempat teratas ranking keselamatan umum dan peribadi, sebahagiannya disebabkan mereka telah melabur berterusan dalam infrastruktur dan perkhidmatan awam," kata Slagin Parakatil, Penyelidik Senior di Mercer.
