Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 11 Disember 2011

Dikir barat catat rekod di Chingay 2012

Para penari PA ini, yang membentuk sebahagian Kontinjen Melayu, menunjukkan secebis persembahan yang bakal menyemarakkan Chingay 2012 pada 3 dan 4 Februari depan.




SINGAPURA - KONTINJEN Budaya Melayu perarakan Chingay 2012 bakal mencipta satu rekod Singapura dengan mengadakan persembahan dikir barat di luar yang terbesar pernah disaksikan negara ini.

Lebih istimewa lagi, bersama-sama para penari Persatuan Rakyat (PA), kumpulan dikir barat itu akan membuat persembahan secara bergerak di atas permukaan air sejauh 360 meter - satu keunikan bagi arena dikir barat setempat.

Malah, 10 daripada 20 kumpulan dikir barat yang akan mengambil bahagian akan diadili sebagai sebahagian kriteria fasa persembahan di luar bagi Pertandingan Dikir Barat 2012.

Pertandingan itu dianjur Majlis Penyelaras Kumpulan-kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) bersama-sama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) GRC Jurong dan SMC Yuhua. Fasa persembahan di dalam dewan akan diadakan di auditorium MediaCorp pada 17 Mac depan.

Mengumumkan perincian kontinjen yang dinamakan Semarak Cinta Warisan itu di Kelab Masyarakat Bukit Batok East semalam, Menteri Negara (Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan), Cik Halimah Yacob, mengalu-alukan penyertaan kaum minoriti yang semakin aktif dalam Chingay, termasuk masyarakat Melayu, sehingga menjadikan perarakan yang dahulunya sebuah sambutan kaum Cina kepada sambutan bersifat nasional.

'Dikir barat merupakan sebuah acara budaya yang diterima masyarakat Melayu dan penglibatannya dalam Chingay 2012 akan mampu mendedahkan kaum lain mengenai kekayaan budaya Melayu.

'Ia juga memberi peluang kepada golongan belia kita melibatkan diri dalam acara nasional. Selain itu, dikir barat juga mampu menarik lebih ramai masyarakat Melayu menonton Chingay 2012 dan mengenali budaya kaum-kaum lain, sekali gus memperkukuh keharmonian kaum di sini,' kata Cik Halimah.

Meskipun kontinjen seramai 600 orang itu tidak sebesar yang disertakan tahun ini - seramai 1,200 orang - pihak penganjur memberi jaminan acara tahunan yang akan diadakan pada 3 dan 4 Februari depan menjanjikan pengalaman menarik dan berbeza.

Ketua koreografer dikir barat Kontinjen Budaya Melayu 2012, Encik Imran Ahmad, berkata selain membuat persembahan berdasarkan tema Chingay 2012, iaitu, Love, Care and Kindness Everywhere, beliau nanti-nantikan kreativiti kumpulan menggunakan sebuah pelantar kecil yang diberikan kepada setiap awok-awok semasa membuat persembahan bergerak di atas air.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular