Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 3 Disember 2011

Erni Dekritawati Anak Sosilawati Kejinjang Pelamin

Erni Dekritawati





KUALA LUMPUR - “Rita tengah ‘darah manis’ dan mahu tenang melalui saat manis bergelar raja sehari,” kata anak sulung jutawan kosmetik, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, atau Rita yang melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Khamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, hari ini.

Majlis akad nikah yang diwalikan bapanya, Buhari Mohamed, 62, dijadualkan berlangsung jam 5 petang ini disusuli jamuan makan malam di kediaman mewah Allahyarham Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis, Gombak.

Majlis persandingan di pihak lelaki pula bakal diadakan di Crown Plaza, 8 Disember ini.

Sambil ketawa dan bersuara ceria, Rita yang dihubungi bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai perkahwinannya, sebaliknya menjemput media menghadiri majlis hari bahagianya.

“Maaf, Rita tak mahu komen apa-apa. Takut kalau Rita komen, nanti melalut-lalut pula. Kalau mahukan komen, Rita akan jawab semua pertanyaan pada hari perkahwinan nanti,” katanya.

Pelamin untuk mempelai bersanding.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular