Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 3 Disember 2011

PRU 13, pilihan raya paling getir dalam sejarah - Najib

Najib ketika memberi ucapan penggulungan Presiden di Perhimpunan Agung Umno 2011 di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur, semalam.




KUALA LUMPUR - “Saya nak sebut mengenai parti (Umno) kita, transformasi paling mencabar ialah pada diri kita, sejauh mana kita melaksanakan apa yang dicakap bila balik ke kawasan nanti,” demikian tegas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Beliau berkata, pada persidangan kali ini, orang Umno sudah berikrar dan berbaiah untuk taat serta setia kepada parti, justeru, apabila kembali ke kawasan masing-masing tidak akan wujud sengketa lagi.

“Janganlah nanti, bila kita tengok muka ketua bahagian, ada rasa menyampah dekat dia. Kalau ketua (bahagian) tengok timbalan pula, dia kata, orang ini hendak jawatan saya.

“Yang lain-lain bagi kerjasama... kasih sayang sejati. Kita mesti ada semangat macam Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sebut tadi, semangat berpasukan sebab analisis yang dibuat sebelum ini menunjukkan kita kalah sebab ada orang Umno mengkhianati parti sendiri.

“Kalau semua taat dan setia, insya-Allah, kita boleh menang pada bila-bila masa,” katanya.

Dalam ucapan itu, Pengerusi Tetap Umno, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin beberapa kali menyampuk dengan mengajuk ayat ‘cer cite’ yang digunakan dalam filem ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, terutama ketika Najib menyentuh mengenai taktik pembohongan dilakukan pembangkang.

Gelagat spontan beliau menyebabkan suasana di dalam Dewan Merdeka riuh-rendah dengan gelak ketawa perwakilan dari seluruh negara.

Menyentuh mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan, Najib mengingatkan orang Umno bahawa mereka berdepan pilihan raya paling getir dalam sejarah proses demokrasi negara.

“Pilihan raya yang dihadapkan kepada rakyat ini menjadi titik penentuan sama ada kita mahu melihat masa depan yang terang-benderang sebagai sebuah Malaysia yang maju dengan memilih Umno dan Barisan Nasional (BN) atau memilih jalan tragis penuh kehancuran dengan memilih pembangkang.

“Beringatlah, pilihan raya ini juga bukan saja mengenai Umno dan BN tetapi kemuncak kepada semua itu ialah untung nasib umat Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata, sama ada melukut di tepi gantang atau terus mencipta kejayaan dan kemakmuran, Umno sebenarnya berada di landasan tepat.

“Buktinya, kebangkitan dalam (pilihan raya kecil) Bagan Pinang, Hulu Selangor, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

“Yakin dan percayalah semua, ini adalah petanda transformasi besar-besaran sudah bermula,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular