Limau purut yang terdapat kalimah 'Allah'.BANDAR SERI BEGAWAN - Penemuan kalimah 'Allah' pada kulit sebiji limau purut amat dirasai oleh Pengiran Kasmah binti Pengiran Haji Ibrahim di Kampung Sungai Bunga.
Menurut beliau, kejadian tersebut disedari semasa beliau hendak memotong buah limau purut tersebut, terpandang satu urat yang timbul dan apabila diamatinya dan membelek-belek buah berkenaan tertera bentuk ganjil dan barulah beliau perasaan tertulis kalimah 'Allah' pada salah sebiji buah limau purut berkenaan.
Untuk memastikan kewujudan kalimah pada kulit limau tersebut, beliau menunjukkan limau purut berkenaan kepada beberapa anggota keluarga yang lain.
Penemuan keajaiban dan kebesaran Allah S.W.T ini memberi petunjuk kepada para hambaNya agar mempertingkatkan iman dan tanda peringatan kepada mereka yang masih mempertikaikan akan kewujudanNya.
