Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 1 Disember 2011

Lekai 52, perkosa gadis OKU di tangki air tingkat 18




KUALA LUMPUR - Baik ada makna. Itu gambaran yang sesuai apabila seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun berpura-pura berhubungan baik dengan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) sejak lebih setahun lalu mengambil kesempatan merogol mangsa.

Perbuatan warga emas yang tidak berperikemanusiaan itu akhirnya terbongkar apabila mangsa berusia 30 tahun disahkan hamil enam minggu setelah mangsa menjalani pemeriksaan pada 26 November lalu.

Ibu mangsa yang berusia 51, berkata, pada mulanya dia tidak tahu siapa yang merogol anaknya itu namun kejadian dua hari selepas anaknya disahkan hamil membongkar pelaku yang bertanggungjawab.

Menurutnya, pada 29 November, anaknya sekali lagi nyaris menjadi mangsa perbuatan warga emas tersebut, namun anaknya enggan dan memaklumkan apa yang berlaku kepadanya sebelum warga emas itu berjaya diberkas oleh penduduk dan diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Saya tergerak hati untuk membawanya ke klinik dan menjalani pemeriksaan dan akhirnya dia disahkan hamil enam minggu.

“Daripada apa yang dimaklumkan anak saya, sudah banyak kali dia dirogol,” katanya di menara PGRM, Cheras, di sini semalam.

Ibu mangsa berkata, berdasarkan apa yang diceritakan anaknya kejadian rogol itu dilakukan di tangki air tingkat 18 di rumahnya di Taman Mutiara Fadason Jinjang Utara.

Katanya, terdapat juga jiran yang pernah melihat warga emas yang bekerja di tapak binaan berdekatan kawasan rumahnya itu membawa anaknya naik ke tingkat atas.

“Apabila saya beritahu anak saya yang dia kini hamil dan akan mempunyai bayi, dia hanya ketawa (kerana tidak mengerti apa-apa),” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular