Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 2 Disember 2011

Sektor awam nikmati dua hari cuti jaga ibu bapa




SINGAPURA - SEKITAR 76,000 kakitangan perkhidmatan awam bakal menikmati dua hari cuti penjagaan ibu bapa setiap tahun.

Bermula 1 Januari ini, pegawai perkhidmatan awam boleh mengambil cuti tersebut untuk menjaga ibu bapa mereka, termasuk ibu bapa mentua.

Tiada surat doktor diperlukan bagi mengambil cuti penjagaan ibu bapa itu.

Selain cuti penjagaan ibu bapa, pegawai perkhidmatan juga akan mendapat cuti ihsan tiga hari jika seorang anggota keluarga rapat meninggal dunia.

Ini diumumkan dalam satu kenyataan media Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD), semalam.

Menjelaskan langkah tersebut, Pengarah Kanan, PSD, Pejabat Perdana Menteri (PMO), Encik Han Neng Hsiu, berkata:

'Dengan penduduk yang semakin lanjut usia dan saiz keluarga yang lebih kecil, pegawai-pegawai yang mempunyai ibu bapa tua memerlukan masa menjaga mereka,' kata Encik Han.

Beliau menambah, langkah ini sejajar dengan kedudukan pihaknya sebagai majikan yang mesra keluarga.

Kededua cuti penjagaan ibu bapa dan cuti ihsan akan tertakluk di bawah cuti yang tidak direkod.

Buat masa ini, cuti tidak direkod boleh digunakan bagi perkahwinan, paterniti, peperiksaan dan kegiatan kesatuan.

Cuti penjagaan ibu bapa dan cuti ihsan yang bakal diperkenalkan itu bagaimanapun tidak akan mengubah had cuti tidak direkod yang boleh diambil, iaitu 14 hari.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular