Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 3 Disember 2011

MSN tidak punyai masalah dengan KOAM





KUALA LUMPUR - respons Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong (gambar) berhubung kesediaan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2011, Datuk Naim Mohamad untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelagahan yang berlaku antara MSN dengan KOAM.

Menurut Zolkples, MSN sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah dengan KOAM termasuk dengan presiden badan induk tersebut, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Sebaliknya beliau menjelaskan bahawa segala masalah yang timbul antara MSN dengan KOAM adalah disebabkan tindakan timbalan presiden badan induk itu, Karim Ibrahim yang sering kali mengubah segala keputusan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

“MSN sebenarnya tidak ada masalah, baik dengan KOAM mahupun Datuk Seri Shahidan. Malah, setiap kali mesyuarat JKK (Jawatankuasa Kerja) saya dan Datuk Seri Shahidan boleh mencapai kata sepakat dalam membuat sebarang keputusan mengenai pembangunan atlet olahraga.

“Namun, ia menjadi masalah apabila Karim menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengubah keputusan-keputusan yang telah dipersetujui bersama itu.

“Sebagai contoh, berhubung program latihan atlet olahraga di Bulgaria Mei lalu, MSN dan Datuk Seri Shahidan telah bersetuju untuk menghantar mereka mengikut tarikh yang telah ditetapkan tetapi selepas timbul isu antidoping, ada atlet yang pergi dahulu tanpa pengetahuan MSN dengan lebih awal.

“Selain itu, ketika mesyuarat JKK, kita telah bersetuju untuk meletakkan kuartet 4x100 meter wanita di bawah jurulatih Tan Kok Lim dan bukannya dengan Harun Rasheed. Namun, atas arahan Karim, mereka perlu juga berlatih dengan Harun.

“Bukan itu sahaja keputusan yang diubah oleh Karim tetapi banyak lagi dan saya fikir semua orang pun tahu,” kata Zolkples ketika dihubungi semalam.

Justeru, Zolkples berkata, Naim yang memiliki reputasi tinggi sebagai Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mungkin boleh menggunakan pengalaman yang dimilikinya untuk menasihati dan memberi tunjuk ajar kepada Karim tentang bagaimana cara untuk menjadi timbalan presiden yang berkredibiliti.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Naim kerana keprihatinannya mengenai perkara ini.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk duduk berbincang mengenai perkara ini tetapi seperti yang saya katakan KOAM perlu terlebih dahulu kemelut dalaman mereka,” jelas Zolkples.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular