Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 3 Disember 2011

Zalim: Ayah tega menendang bayinya kerana menangis

Bayi berkenaan dirawat di hospital Pulau Pinang.





GEORGETOWN - Hanya kerana tidurnya terganggu selepas tidak tahan mendengar tangisan bayinya yang sedang kelaparan, seorang bapa secara tiba-tiba ‘naik angin’ sebelum menendang bayi perempuan di rumahnya, di Lebuh Maccalum, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, lelaki terbabit turut menghempaskan bayinya yang berusia sembilan bulan ke atas tilam sebelum isteri yang menyedari kejadian terbabit cuba masuk campur untuk meredakan keadaan.

Bukan saja bayi menjadi mangsa, malah isterinya juga terpaksa menerima padah apabila ditendang suaminya itu hingga terpaksa meminta pertolongan daripada ibu mentua yang turut tinggal serumah dengan mereka.

Menurut sumber, kejadian malang yang menimpa bayi itu berlaku ketika ibunya pergi ke dapur untuk membancuh susu dan meninggalkan anaknya itu bersama suami yang sedang tidur di dalam bilik.

“Ketika itu, lelaki terbabit sedang nyenyak tidur dan bayinya yang kelaparan menangis sebelum bapanya terbangun dan menengking bayinya.

“Lelaki terbabit yang masih tidak berpuas hati kemudian terus menendang bayi berkenaan dan ketika itu isterinya cuba masuk campur untuk menenteramkan keadaan namun dia turut ditendang suaminya,” katanya.

Menurutnya, keadaan mulai reda selepas ibu lelaki itu mengambil cucunya itu sebelum membawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Berikutan kejadian itu, bayi berkenaan mengalami lebam di muka dan juga kesan calar di belakang badan dan terpaksa dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

“Ibu bayi terbabit kemudian membuat satu laporan berhubung kejadian itu dan polis sudah mengambil keterangan daripadanya,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular