Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 15 Disember 2011

Pas nilai prestasi dua YB

Tuan Ibrahim






TEMERLOH – Pas Pahang tidak akan cepat melatah dalam isu wakil rakyatnya yang dikatakan sudah tidak yakin untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Sebaliknya, pucuk pimpinan parti peringkat negeri akan menilai prestasi dua wakil rakyat mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Semantan dan Beserah sama ada kekal atau diganti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kedua-dua wakil rakyat berkenaan akan dinilai dan jika prestasi mereka bagus, nama mereka akan dibawa pula ke Pas Kawasan untuk perbincangan selanjutnya di peringkat tersebut.

Menurutnya, jika ada wakil rakyat yang menyatakan kurang minat untuk dicalonkan semula itu adalah soal kedua yang penting pimpinan di peringkat negeri dan kawasan menilai prestasi mereka.

“Saya lihat prestasi Syed Hamid di Kuala Semantan selama ini sangat baik, bagaimana pun kita akan menilai di peringkat negeri dan juga kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar yang memaparkan kenyataan Syed Hamid kurang minat untuk dicalonkan pada PRU akan datang.

Kuala Semantan diwakili Syed Hamid Syed Mohamed manakala Dun Beserah diwakili Syed Mohammad Tuan Lonnik.

Menjawab soalan keyakinan Syed Hamid untuk Pakatan Rakyat (PR) menawan Negeri Pahang pada PRU ke-13 nanti, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, Syed Hamid tidak duduk dalam jawatankuasa PR negeri.

Menurutnya, memang PR negeri ada beberapa kelemahan dalam negeri seperti yang disebut Syed Hamid umpamanya untuk menawan hati orang Felda dan jika PR berjaya mengambil peluang itu, PR Pahang sudah pasti mampu menawan Pahang.

“Saya nak tegaskan di sini jika kita berjaya selesaikan isu-isu ini, PR Pahang sudah pasti akan dapat tawan Pahang, kita bersama DAP dan PKR sudah siap sedia untuk menawan negeri ini,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular