Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 7 Januari 2013

Amirul 4, Maut diserang tebuan




GUA MUSANG – Seorang kanak-kanak maut selepas disengat puluhan ekor tebuan tanah ketika hendak pulang ke rumah selepas bermain bola sepak bersama dua kakaknya di tanah lapang berhampiran rumah di Kampung Tanah Putih di sini baru-baru ini.

Kejadian pukul 6 petang 30 Disember lalu itu mengakibatkan Amirul Shafiq, 4, maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang kira-kira enam jam kemudian.

Mengimbau semula kejadian itu, bapa mangsa, Kamarulzaman Abdul Hamid, 34, memberitahu, ketika insiden tersebut berlaku, dia tiada di rumah kerana bertugas sebagai buruh di Jabatan Perhutanan di Ipoh, Perak.

Katanya, dia bergegas pulang sebaik dihubungi isterinya, Nik Jah Nik Soh, 35, pada pukul 6 petang mengatakan anaknya dikejarkan ke hospital tersebut kerana disengat tebuan berwarna hitam dan kuning itu.

“Saya sampai pada pukul 9.30 malam dan masa itu anak saya sudah dimasukkan ke wad dan dia boleh makan seperti biasa. Bagaimanapun, enam jam selepas kejadian, dia disahkan meninggal dunia,” ceritanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular