Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 9 Januari 2013

Pesara forensik dituduh cabul

KOTA BHARU - Seorang pesara forensik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, kelmarin atas tuduhan mencabul seorang peniaga di sebuah rumah di Jalan Yaakobiah di sini, bulan lalu.

Tuduhan terhadap warga emas berusia 60 tahun itu dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Tuan Manan Tuan Soh dari Kuala Lumpur didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas wanita berusia 41 tahun itu dengan menyedari perbuatan itu akan mencabul kehormatannya jam 11 malam, 23 Disember.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad. Pada prosiding kelmarin, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, tertuduh melalui peguam belanya merayu supaya jaminan dikurangkan kerana memiliki anak yang masih bersekolah berusia antara lapan dan 12 tahun.

“Tertuduh masih mempunyai tanggungan dan seorang anaknya baru selesai menjalani pembedahan kerana ketumbuhan selain seorang isteri bekerja sebagai guru.

“Tertuduh juga menghidap penyakit diabetes dan asma serta berjanji tidak akan melarikan diri atau mengganggu mangsa,” katanya. Kes bersambung 20 Januari depan.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular