Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 16 Mei 2010

Bayi lelaki 8 bulan mati dipercayai didera

( Foto hiasan )


PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, yang dipercayai didera pengasuhnya, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata Mohd Rayyan Afzanizam, yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) PPUM sejak Jumaat lalu, disahkan meninggal dunia pada 8 malam tadi. "Mohd Rayyan dibawa ke PPUM pada Selasa lalu selepas pengasuhnya mendapati Mohd Rayyan sesak nafas sebelum menghubungi ibu bapa bayi berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini. Beliau berkata, siasatan awal mendapati bayi itu mengalami pendarahan di otak.

"Namun, kita masih belum mendapat laporan bedah siasatan berhubung punca sebenar kematian bayi berkenaan," katanya.

Susulan itu, polis menahan pengasuh wanita berusia 47 tahun itu di rumahnya di USJ Subang Jaya hari ini untuk membantu siasatan.

"Pengasuh itu direman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, tinjauan di PPUM mendapati ibu bapa bayi berkenaan menunggu di Unit Forensik pusat perubatan itu tetapi gagal mendapatkan reaksi mereka berhubung kejadian itu. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular