Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 28 Mei 2010

Kes Tanam Bayi: Dua Beradik Ditahan

( Foto Hiasan )


SHAH ALAM — Seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun dari sebuah sekolah menengah di sini bersama seorang kakaknya berusia 24 tahun ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Norkamilah Aziz bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Laporan berita semalam berkata polis menahan pelajar itu pada Khamis lalu kerana dipercayai ibu kepada bayi lelaki yang ditemui mati ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin berkata remaja itu ditahan di sekolahnya di sini 9 pagi semalam manakala pasangannya serta dua lagi individu yang dipercayai bersubahat dalam kejadian berkenaan, sedang dikesan.

"Ketika ditahan, pelajar terbabit berada dalam keadaan lemah kerana masih dalam tempoh berpantang,” katanya.

Noor Azam berkata laporan kesihatan mendapati remaja berkenaan tidak menghadapi sebarang komplikasi dan ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini untuk siasatan lanjut. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular